Posts by: Madrasah Darul Anuar

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 2022

   |   By  |  0 Comments

السلام عليكم ورحمة الله…

Alhamdulillah, berita kepada pelajar tingkatan 1 2022! SMU(A) Darul Anuar telah membuka pendaftaran baru bagi sesi 2022. Pendaftaran boleh dibuat denan mengisi maklumat di dalam Google Form di bawah.

https://forms.gle/mT9nPARMwxQWJug2A

Sebarang kemusykilan boleh diajukan di talian tetap kami di 

09-7654848 / 09-7643236

atau boleh Whatsapp kami di 

014-6024848 / 011-26834848/ 016-4345848

Perhatian: Pendaftaran atas talian hanya dibuka untuk pelajar tingkatan 1 2022 SAHAJA. Pelajar tingkatan lain yang berminat untuk menjadi pelajar kami perlu menghubungi kami di nombor yang tertera di atas. 

Sekian.

Tahniah Pelajar SPM 2020!!!

   |   By  |  0 Comments

Tahniah diucapkan kepada pelajar SPM 2020 yang memperolehi keputusan dalam peperiksaan SPM.

Sekalung tahniah buat pelajar SMU(A) Darul Anuar yang memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM:

  1. Nik Masilah Aliah bt Nik Ab Rahim
  2. Wan Tarbawy bin Wan Darzikashfi
  3. Nurul Saadah bt Ab Halim
  4. Nik Aisy Nuurana bt Nik Mohd Ajun
  5. Ahmad Solihin bin Fazuni

Akhirul kalam, semoga pelajar SMU(A) Darul Anuar terus sukses dan cemerlang dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan. Keputusan SPM bukanlah pengakhiran, tapi hanyalah permulaan untuk fasa kehidupan seterusnya. 

Perasmian Kereta Baharu Sekolah

   |   By  |  0 Comments

Alhamdulillah. Sekolah kami telah membeli sebuah van jenama Hyundai model Starex untuk kegunaan pelajar sekolah.
 
Kami dapat membeli van ini secara tunai hasil daripada sumbangan para penderma. Ribuan Terima Kasih diucapkan kepada semua penderma di atas sumbangan yang diberikan, semoga pahala yang berterusan kepada pihak tuan/puan.
 
Untuk Makluman, kutipan derma untuk pembelian Van Sekolah bermula 19 JULAI 2019 telah cukup pada 1 JUN 2021 . Pihak sekolah telah membeli sebuah Van baru sebagai pengangkutan kepada para pelajar kami. Selain digunakan untuk membawa pelajar sakit ke Klinik, Van ini juga turut digunakan untuk ke majlis-majlis ilmu.

Majlis Perpisahan

   |   By  |  0 Comments

Ucapan perasmian daripada Pengetua, Ustaz Nik Hamdi bin Ghani

Mei 12, 2021 – Pada pagi ini, telah diadakan majlis perpisahan yang meraikan dua orang guru yang berpindah dan tamat latihan industri. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar.

Tetamu yang diraikan, daripada kiri, Ustazah Nik Norizah, Nur Aimi dan Ustazah Yusniza
Sesi peyampaian hadiah mengikut tingkatan