Sumbangan Google Search - Madrasah Darul Anuar

Bantu Madrasah Darul Anuar Kekalkan Legasi Ilmu Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz

Madrasah Darul Anuar adalah salah sebuah pusat pengajian Islam yang terletak di Kompleks Masjid Tuan Guru Nik Abdul Aziz  di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan . Ia merupakan pusat pengajian Islam legasi Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Terdapat seramai 340 pelajar yang sedang menuntut ilmu di Madrasah Darul Anuar ketika ini. Dan jumlah pelajar dijangka akan bertambah 120 orang sehingga tahun 2023 akan datang.

Bilangan ini tidak termasuk 24 guru serta 8 orang staff yang setia berkhidmat demi menjaga kebajikan anak-anak didik di maahad ini.

Keadaan Bangunan Dan Kemudahan Di Madrasah  Darul Anuar 

Disebabkan bilangan pelajar semakin bertambah, keadaan bangunan serta kemudahan sedia ada kini kurang memuaskan.

Sebelum ini, Madrasah Darul Anuar telahpun menaiktaraf beberapa bangunan di maahad ini untuk keselesaan pelajar iaitu:

  1. 4 buah kelas
  2. Bilik asrama lelaki
  3. Bilik asrama perempuan
  4. Kantin sekolah

Namun keadaan kelas-kelas yang lain, perabot, sistem elektrik dan pembiayaan kos pengurusan pelajar, guru serta staf masih banyak yang perlu diperbaiki dan dipertingkatkan.

Di dalam video di atas, anda boleh lihat kondisi bangunan kelas di Madrasah Darul Anuar. Terdapat kerosakan yang ketara pada dinding, bumbung, tingkap dan struktur bangunan maahad. Perabot-perabot seperti meja serta kerusi belajar juga berada dalam keadaan yang tidak sempurna.

Oleh yang demikian, pihak kami dengan rendah diri ingin memohon sedikit sumbangan bagi menjaga kesinambungan madrasah yang telah diasaskan oleh keluarga besar Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz ini.

Sumbangan Diperlukan Untuk Pembiayaan Pengurusan Madrasah

Sasaran dana yang diperlukan adalah sebanyak RM 1,000,000.   Sumbangan yang anda hulurkan akan digunakan sepenuhnya untuk perkara-perkara seperti di bawah:
Membaikpulih  sistem elektrik  bangunan

  • Membaikpulih  sistem pembesar suara
  • Menyiapkan  bangunan tambahan  yang masih belum dapat disiapkan
  • Membeli   barangan perabot  untuk 8 kelas baharu
  • Membiayai  aktiviti kecemerlangan akademik   dan  pembangunan sahsiah pelajar
  • Membiayai  kos pengurusan dan kebajikan  guru, staf serta para pelajar
  • Membina   sistem bekalan air bersih   untuk asrama lelaki dan perempuan

Tanpa infrastruktur yang lengkap, pengurusan dan pembangunan Madrasah Darul Anuar ini pasti akan terencat. Malah anak-anak didik di sini tidak dapat menimba ilmu dalam keadaan yang selesa.

InsyaAllah perjalanan maahad ini akan berjalan lancar dengan adanya sumbangan yang berterusan daripada pihak anda semua. Oleh yang demikian, hulurkanlah sedikit sumbangan ikhlas anda untuk membantu kami meneruskan perjuangan  Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam menyebarkan ilmu.

Cara Untuk Menyumbang

Untuk memudahkan anda menyumbang, kami telah menyediakan pakej-pakej seperti di bawah. Anda boleh menyumbang mengikut pakej yang telah disediakan atau sebanyak mana yang anda hajatkan.

  • Pakej 10 Lot – RM300
  • Pakej 5 Lot – RM150
  • Pakej 3 Lot – RM90
  • Pakej 1 Lot – RM30
  • Pakej Seikhlas Hati

Semoga Allah akan melipat gandakan ganjaran pahala, rezeki dan kesihatan anda sekalian kerana bersedekah.

Sumbangan anda amatlah berharga buat kami, Terima Kasih.

Semoga keluarga anda dirahmati, diberkati dan dilindungi Allah dari virus COVID-19. Amiin.

Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah


Bank: Bank Islam
Nama :  SMU (A) DARUL ANUAR, PULAU MELAKA
No Akaun  :  03018010172458

Tolong letakkan reference ” DERMA ” untuk mudahkan pihak kami agihkan dana.

Penafian:  

  1. Bagi sumbangan mengunakan payment gateway, selepas menyumbang di statement bank akan terpapar pembayaran kepada WEB IMPIAN SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
  2. Sumbangan termasuk RM1.50 caj payment gateway.
  3.  Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi  : 016-4345848
RM300,001 of RM500,000 raised
RM
Plus an additional to cover FPX payment gateway fees.
Select Payment Method
Personal Info

Donation Total: RM300.00

Skip to content