Bantu SMUDA Kekalkan Legasi Ilmu Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz
Dahulunya dikenali sebagai Madrasah Darul Anuar, kini SMU (A) Darul Anuar (SMUDA) merupakan salah sebuah pusat pengajian Islam yang terletak di Kompleks Masjid Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan.
Ia merupakan pusat pengajian Islam legasi Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Terdapat seramai lebih 400 pelajar yang sedang menuntut ilmu disini. Dan jumlah pelajar dijangka akan bertambah setiap tahun.
Jumlah ini ini tidak termasuk 30 guru serta 12 orang kakitangan yang setia berkhidmat demi menjaga kebajikan dan masa depan anak-anak didik di sekolah ini.
Disebabkan bilangan pelajar semakin bertambah, keadaan bangunan serta kemudahan sedia ada kini kurang memuaskan.
Sebelum ini, SMUDA telahpun menaiktaraf beberapa bangunan di sekolah ini untuk keselesaan pelajar seperti:
✅ 4 buah kelas
✅ Bilik asrama lelaki
✅Bilik asrama perempuan
✅ Kantin Sekolah
Dan kini, pihak sekolah akan meneruskan perancangan untuk membina bangunan kantin dan perpustakaan yang baru pula dan lebih selesa seperti yang dipersetujui. Hal ini kerana, bangunan kantin dan perpustakaan lama yang sudah tersedia ada, sudah semakin uzur dan kurang selamat untuk kegunaan anak-anak pelajar.
Untuk pengetahuan semua, SMUDA kini sedang membangunkan sebuah kantin baru yang jauh lebih luas dan selesa. Namun, kekangan dana pembangunan yang tidak mencukupi, fasa kedua terpaksa ditangguhkan untuk sementara waktu.
Oleh yang demikian, pihak kami dengan rasa rendah diri ingin memohon sedikit sumbangan bagi menjaga kesinambungan sekolah yang telah diasaskan oleh keluarga besar Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz ini.
Sasaran dana yang masih diperlukan adalah sebanyak RM1.2 Juta.
Sumbangan yang anda hulurkan akan digunakan sepenuhnya untuk perkara-perkara seperti di bawah:
➡️ Membayar hutang kontraktor pembinaan untuk fasa pertama yang berbaki RM50,000 lagi
➡️ Meneruskan fasa kedua pembinaan yang tertangguh
➡️ Membeli kelengkapan perabot untuk 8 kelas baharu
➡️ Membiayai aktiviti kecemerlangan akademik dan pembangunan sahsiah pelajar
➡️ Membiayai kos pengurusan dan kebajikan guru, staf serta para pelajar
➡️ Membina sistem bekalan air bersih untuk asrama lelaki dan perempuan
Tanpa infrastruktur yang lengkap, pengurusan dan pembangunan SMUDA ini pasti akan terencat.
Malah anak-anak pelajar di sini tidak dapat menimba ilmu dalam keadaan yang selesa.
InsyaAllah perjalanan SMUDA ini akan berjalan lancar dengan adanya sumbangan yang berterusan daripada pihak anda semua. Oleh yang demikian, hulurkanlah sedikit sumbangan ikhlas anda untuk membantu kami meneruskan perjuangan Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz dalam menyebarkan ilmu agama di sekitar Pulau Melaka.
Semoga Allah akan melipat gandakan ganjaran pahala, rezeki dan kesihatan anda sekalian kerana bersedekah.
Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah